Jalan-Jalan Kuantan
Cuti merdeka baru-baru ni, aku balik kampung. Mula macam malas nak balik tapi mengenangkan lama dah tak balik Chini aku tetapkan untuk balik je. Then aku terus beli tiket ke Kuantan coz Awie ajak aku pergi jalan-jalan kat Teluk Chempedak. Rasanya dah lama tak pergi sana dan kami nak pergi ke tempat rahsia yang tak ramai orang tahu.. memang best taw..
Aku naik bas Transnasional kat Puduraya jam 9.00 Pagi.. Sempat gak breakfest ngan minum2 kejap. Bas terus berjalan sampai kat Greenwood. Inilah saat yang paling aku menyampah dan meluat amat.. Tetiba rasa nak buang air la pulak. Nak turun kat situ bas dah jalan. Takpelah “kataku dalam hati, Tahan je, sampai R&R lentang aku mintak bas berenti sat, hmm”.. Bas terus berjalan dan telahpun melepasi Lentang tanpa aku sempat berpesan pada driver itu.. Terpaksalah aku menahan sampai Temerloh.. Huhuhu….
Sampai Temerloh, aku terus turun dari perut bas menuju ke toilet.. Jangan cakap la camner aku cover berjalan ke toilet tu.. Fuhhhhhhhh, terasa lega yang amat apabila masalah itu selesai… Terus aku ke Food Court untuk mengisi perut. Setel aku naik bas dan sampai ke Kuantan dalam pukul 1.00 tengahhari..
Sampai Kuantan aku lepak jap tunggu awie datang ambil. Dia sampai je terus dia bawak aku p Megamall Kuantan, Sebelum tu makan jap kat warung hotlink yang merah menyala.. cadangnya nak tengok movie kat situ tapi lambat la pulak tayangannya. So aku ajak Awie gi Karauke je lah.. Box pun jadilah… Tu pun kena tunggu lama baru dapat masuk.. menyanyi la kitaorg 10 lagu…
Habis karauke kitaorg just pusing2 & Awie sempat shopping barang keperluannya di bukit berjenama.. Hmmm… Then kitaorg terus menuju ke destinasi yang dijanjikan iaitu Teluk Chempedak.. Dah habis tukar baju kami terus cari port untuk mandi. Sempat gak berposing kat situ… hehehe…
Habis mandi, ingat nak p tempat rahsia tu tapi cancel.. Besok je kami plan nak pergi situ… Pagi2 la nak plannya.. Entah jadi ke tak… hehehe… Then trus kami berangkat untuk makan.. Awie bawak kat tempat special.. Restoran dia pun nice.. Cuma banyak nyamuk je… Abis makan terus kami gi Kedai Iwan utuk bermalam.. Hehe…




