Pelakon Slumdog Millionare Ditampar Bapa

•March 2, 2009 • Leave a Comment

Macam macam hal yang menimpa pelakon cilik “Slumdog Millionare”, Mohd Azharuddin yang membawakan watak Salim dalam filem tersebut. Khabarnya selepas pulang daripada anuggerah Oscar ke 81 di Hollywood baru-baru ini, Azharudin katanya telah ditampar oleh bapanya ekoran enggan menjawab soalan daripada wartawan tempatan. Azharudin mengaku beliau kepenatan dan bapanya telah menyesal kerana berbuat demikian. Alasannya kerana malu dengan para wartawan.

Selain itu bapa Azharudin iaitu Mohd Ismail cuba untuk meminta bayaran tambahan sebanyak GBP 20,000 ataupun kira-kira RM106,000 daripada pihak penerbit filem itu. Ini ekoran sambutan yang memberansangkan selepas filem tersebut memenangi 8 anuggerah Oscar dan anuggerah utama yang lain iaitu Golden Globe & Baffta. Sehingga Februari 2009 filem ini telah mengutip Lebih USD189 juta dollar ataupun kira-kira RM 700 juta di seluruh dunia.

Sebanyak GBP 700 telah dibayar kepada Azharudin setelah membitangi filem tersebut. Dan selepas filem Slumdog Millionare mendapat sambutan sebanyak GBP 17500 termasuk kadar faedah telah dimasukkan ke dalam akaun simpanan pendidikan Azharudin dan hanya boleh dikeluarkan sehingga Azharudin berusia 18 tahun. Ini juga termasuk rumah yang bernilai GBP 20000 yang bakal diterima oleh keluarga Azharudin. Menurut produser filem ini Christian Colson tujuan beliau membuat demikian kerana bimbang wang tersebut disalah gunakan.

54926large

Azharudin kelihatan keletihan & muram di dalam kelas

ap09022605594slum__opt1

Sambutan terhadap Azharuddin ketika pulang daripada Hollywood

Azharuddin & Rubina ketika Di majlis Aungerah Oscar 81

Azharuddin & Rubina ketika Di majlis Aungerah Oscar 81

Teluk Chempedak

•September 5, 2008 • 1 Comment

31.08.2008 `~~ Morning ~~`

6.30 AM – Awie bangun kejutkan aku & Iwan dari tidur…

6.45 AM – Awie Mula menggerakkan keretanya dan kami memulakan perjalanan….

7.00 AM – Sampai Ke Teluk Chempedak Kuantan, Masih ramai orang di sana sama cam kami nak melihat  matahari naik..

7.15 AM – Meneruskan perjalannan terus ke puncak dan menempuhi belukar dan sedikit pendakian…

7.20 AM – Akhirnya sampai ke destinasi dan lihatlah view ini…. Cantik kan

Matahari mula memancar.. Cantiknya...

Dah puas tengok view TC waktu pagi tue..  Ni pulak pic kami berposing plak…

Tetiba nak posing camnie.. Haha

Tetiba nak posing camnie.. Haha

Aksi2 Zowie atas batu..

Aksi2 Awie atas batu..

Iwan Memandang Jauh Masa Depannya..

Habis sahaja melihat view TC pagi itu terus kami pergi bekfes kat warung mamak di Bandar… Then aku & Awie terus beransur pulang ke kampung kami di Chini… Lama dah aku tak balik… Ok itu saja yang aku share ngan korang semua… Jumpa lagi k.

Jalan-Jalan Kuantan

•September 5, 2008 • Leave a Comment

Cuti merdeka baru-baru ni, aku balik kampung. Mula macam malas nak balik tapi mengenangkan lama dah tak balik Chini aku tetapkan untuk balik je. Then aku terus beli tiket ke Kuantan coz Awie ajak aku pergi jalan-jalan kat Teluk Chempedak. Rasanya dah lama tak pergi sana dan kami nak pergi ke tempat rahsia yang tak ramai orang tahu.. memang best taw..

Aku naik bas Transnasional kat Puduraya jam 9.00 Pagi.. Sempat gak breakfest ngan minum2 kejap. Bas terus berjalan sampai kat Greenwood. Inilah saat yang paling aku menyampah dan meluat amat.. Tetiba rasa nak buang air la pulak. Nak turun kat situ bas dah jalan. Takpelah “kataku dalam hati, Tahan je, sampai R&R lentang aku mintak bas berenti sat, hmm”.. Bas terus berjalan dan telahpun melepasi Lentang tanpa aku sempat berpesan pada driver itu.. Terpaksalah aku menahan sampai Temerloh.. Huhuhu…. 

Sampai Temerloh, aku terus turun dari perut bas menuju ke toilet.. Jangan cakap la camner aku cover berjalan ke toilet tu.. Fuhhhhhhhh, terasa lega yang amat apabila masalah itu selesai… Terus aku ke Food Court untuk mengisi perut. Setel aku naik bas dan sampai ke Kuantan dalam pukul 1.00 tengahhari..

Sampai Kuantan aku lepak jap tunggu awie datang ambil. Dia sampai je terus dia bawak aku p Megamall Kuantan, Sebelum tu makan jap kat warung hotlink yang merah menyala.. cadangnya nak tengok movie kat situ tapi lambat la pulak tayangannya. So aku ajak Awie gi Karauke je lah.. Box pun jadilah… Tu pun kena tunggu lama baru dapat masuk.. menyanyi la kitaorg 10 lagu…

Habis karauke kitaorg just pusing2 & Awie sempat shopping barang keperluannya di bukit berjenama.. Hmmm… Then kitaorg terus menuju ke destinasi yang dijanjikan iaitu Teluk Chempedak.. Dah habis tukar baju kami terus cari port untuk mandi. Sempat gak berposing kat situ… hehehe… 

 

 

baru sampai.. Warm up dulu sebelum nak mandi.. hehe

baru sampai.. Warm up dulu sebelum nak mandi.. hehe

 

Awie ngan pose kanan2 rebinanyer... hehe

Awie ngan pose kanak2 rebinanyer... hehe

 

Skill Renang berirama bertarag Olympic.. hehe

Skill Renang berirama bertaraf Olympic.. hehe

 

Awie menunjukkan skill Gymnastic dia.. Hmmm

Awie menunjukkan skill Gymnastic dia.. Hmmm

 

Habis mandi, ingat nak p tempat rahsia tu tapi cancel.. Besok je kami plan nak pergi situ… Pagi2 la nak plannya.. Entah jadi ke tak… hehehe… Then trus kami berangkat untuk makan.. Awie bawak kat tempat special.. Restoran dia pun nice.. Cuma banyak nyamuk je… Abis makan terus kami gi Kedai Iwan utuk bermalam.. Hehe… 

 

 

 

 

 

 

Merdeka

•August 28, 2008 • Leave a Comment

Hari kemerdekaan cuma tinggal 3 hari lagi. Sudah 51 tahun Malaysia merdeka selepas dijajah sekian lama. Berapa ramaikah diantara kita merasakan kemerdekaan itu adalah rahmat ataupun sekadar perayaan yang mesti disambut setiap tahun tanpa sebarang makna ataupun pengertian.

Bagiku, Kemerdekaan adalah satu kebebasan yang diperolehi dan dinikmati. Bayangkan jika kita dipaksa bekerja dengan teruk dan tidak dibayar sebarang upah. Bekerja tanpa mengetahui dunia luar dan suatu hari kita dibebaskan. Satu perasaan yang sukar digambarkan ketika itu. Terlintas pelbagai perkara yang ingin kita lakukan yang dahulu hanya dalam mimpi atau angan-angan sahaja. Kemerdekaan ini amat besar ertinya bagi mereka yang mengalami perkara-perkara tersebut..

Begitu juga dengan negara kita Malaysia. Selepas sekian lama dijajah akhirnya kita memperolehi kemerdekaan tanpa sebarang tumpahan darah iaitu melalui rundingan terus dengan penjajah pada ketika itu. Dengan usaha dan sokongan rakyat akhirnya usaha itu dimakbulkan dengan pengistiharan kemerdekaan dan laungan “Merdeka” pada tanggal 31 Ogos 1957.. Bayangkan selepas 446 tahun selepas Melaka dijajah oleh portugis akhirnya lenyaplah pengaruh penjajah ke atas negara kita.

Oleh itu kita mestilah bersyukur dengan kemerdekaan yang telah kita nikmati. Walaupun kita tidak mengalami keperitan seperti orang-orang terdahulu tapi kita masih boleh menyelami perasaan itu melalui bacaan buku sejarah yang ada. Lihatlah pelbagai usaha dan pengorbanan mereka yang akhirnya kita sendiri mewarisi kemerdekaan ini.

Salam kemerdekaan untuk semua…

Joe Asura :)

Hujan

•August 28, 2008 • 1 Comment

Semalam, Kelmarin masih hujan. Cuaca yang sejuk dan basah banyak memberi rahmat kepada alam. Tumbuhan yang kekeringan mula menyegar dan tumbuh subur mewarnai pandangan mata. Tetapi disebalik rahmat itu aku melihat warna-warna suram awan yang meliputi segenap ruang angkasa lantas melindungi pancaran matahari menjengah ke bumi… Suram dan sayu pada pandanganku…Perasaan aku agaknya seperti itu. Masih berkecamuk entah apa yang aku fikir. Masih ada sedikit emosi dan kadang-kadang aku mengelamun sendirian..

Hello world!

•August 28, 2008 • 1 Comment

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.